Monday, December 19, 2011
Morning Uollssss
semua kawan2 di geng KMMK, dah lama sangat saya tak update kat blog kan.... sebenarnya i'm doing nothing to my diet. Tu yang malas nak update. Bila tak makan, selang 2,3 hari berat cenggitu jugak.
Lama2 malas dah nak strunggle.
Tapi kan,
Baru2 ni, saya cuba ambil 1 sudu
minyak zaitun setiap hari.
last 2,3 day 2 sudu setiap hari.
You know what pagi tadi kan
lepas mandi gosok gigi semua
tanpa minum setitis air
saya pun timbang.
Berat saya adalah 82KG
heheheh 82KG je, tapi masih berat lagi kan?
memang betul, tapi tahu kah kamu semua
betapa berat itu telah me"yo-yo" selama hampir 2 tahun.
Walau pun selepas PDR yang cecah ke 78 telah me"yo-yo"
kembali ke 85Kg.
pastu terkepung dalam angka 80-85 sahaja.
saya sebenarnya dah lama dah tahu yang minyak zaitun
adalah bahan yang makanan yang baik dalam diet, cuma
tahu aja lah kan kita ni kalau beli produk lain beratus2 boleh
je,
tapi nak beli minyak cenonet setakat rm20 inggit tu, mak datuk
mahal no rasanya.
Dan nak tahu kenapa saya happy sangat walau pun dengan angka 82KG?
Sebab, hari sabtu, saya melantak pizza domino, saiz regular yang double cheese
tu berdua dengan adik saya.
then kami beli lagi 1 x-large pizza + 1 free = 2 x-large
balik tu, saya makan x-large tu, 2 keping. sebelum tido saya makan lagi 2 keping
esok pagi ahad saya makan 1 keping.
Malam tadi, (ahad malam isnin) makcik saya buat BBQ. adik saya gi umah dia balik bawa nasi lemak.
Walhal, masa i'sya, ayah saya cakap dia lapar. Dia order roti telur 2 keping, sementara dia solat, saya gi ambil.
sampai2 dah siap. Baru ingat nak order mee ladna, so x sempat terus order nasi lemak biasa.
ngam2 saya balik, ayah saya pun dah selesai solat.
kita orang berdua makan la sama2. dia makan roti telur, saya makan
nasi lemak.
dalam pada tu, saya cuit2 gak roti dia.
pastu adik saya balik, saya makan plak nasi lemak makcik saya tu.
seee..... how much I ate? banyak giler kan. kalau mcam ni, selalunya kan
saya timbang, esok paginya (which hari ni lah kan)
sure 85 kg punya.....
tapi pagi ini, berat saya adalah 82KG.
semangat dah datang balik.
Saya tak nafikan saya ada gak ambil produk lain, mcam nona rogay.
tapi nona roguy ni saya ambil selang2.
so those, yang berat macam yo-yo tu, n rasa motobolism tu ala-ala kureng je,
boleh la mencuba tips minum minyak zaitun ni.
last 2 weeks saya minum satu sudu sehari.
2,3 hari lepas saya naik kan dose dia
2 sudu sehari. by the way, berapa sudu u all nak ambil
terpulang la. ikut kebijaksanaan memasing.
untuk diri saya, 1-2 sudu just nice for my body perday.
selamat mencuba.
jom kita sihat dan cantik bersama.
@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~
Tuesday, August 16, 2011
Turunlah sikit, sikit je pun.
Sunday, July 31, 2011
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Assalamualaikum,
Untuk permulaan ayat, disini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan semua. Berakhirnya tirai PD50H, kita bersambung pula pada PDR (program diet ramadhan). Berat sebelum join PD50H ada lah sebanyak 84 kg. Dan kalau hasrat saya tercapai. Esok pagi-pagi dalam pukul 8-10am, harap-harap timbangan berat saya adalah 80Kg, secara tidak langsung berat berkurang sebanyak 4kg sepanjang menyertai PD50H. dan memulakan berat dengan 80Kg utk PDR 2011.
Untuk ramadhan kali ini, saya membuat persiapan dengan membekalkan tubuh badan saya dengan makanan tambahan serta bahan mencuci toksik dari Nona Roguy. Sebenarnya diawal usia 20-an, saya memang telah berjinak-jinak dengan NR ni, sepanjang pengalaman saya memang saya sangat berpuas hati dengan NR. Cuma terpaksa berhenti bila kewangan tidak mengizinkan.
Untuk program PDR ni, saya target untuk turun sebanyak 10KG. dari 80KG menjadi 70KG.
InsyaAllah.
Friday, July 15, 2011
Alahai la timbang ku
This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60192990007 You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player. This message can be viewed as it was originally intended To view this message as it was originally intened click on the button below... |
Monday, July 11, 2011
Timbangan Isnin Minggu 5
Sekejap je masa berlalu, pejam celik dah masuk Isnin Minggu ke-5. Punya la seksa nak menahan makan. Tapi disebabkan tak mahu kena penalti lagi, maka dengan segala paksanya menenguk air teh orang kampung disamping berpuasa.
Puasa pun bukan puasa sunat, tapi puasa ganti yang sememangnya wajib dan dituntut. Sedang eloklah sambil berdiet kita berpuasa. Tapi memang tak dapat dinafikan bila kita berada dalam satu kumpulan lebih-lebih lagi dengan satu tujuan dan range berat yang sama, maka semangat tu dapatlah maintain sehingga ke minggu ke-5 dan diharap terus maintain sampai ke hujung program.
Jadinya, untuk Isnin Minggu ke-5, berat adalah sebanyak : 81.6466 Kg dimana penurunan adalah lebih kurang 900 g. Hep, hep, hoory.... congrate to my self.... :D
p/s; tahniah yea pada sapa2 yang menang minggu ini.
@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~
Sunday, July 10, 2011
This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60192990007 You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player. This message can be viewed as it was originally intended To view this message as it was originally intened click on the button below... |
Tuesday, July 5, 2011
timbangan Isnin Minggu 4
salam.....
Huawaaaaaa........ tu lar melantak sakan sangat domino pizza. kan dah naik 0.5kg.....
gambar 1 : 182 pounds.
Monday, June 27, 2011
Timbangan Isnin Minggu 3
Monday, June 20, 2011
Timbangan Isnin minggu ke-2
- Isnin Minggu I : 84 Kg - 13 Jun 2011
- Isnin Minggu II : 83 Kg - 20 Jun 2011
Dengan ini diistiharkan penurunan adalah sebanyak : 1 KG
Alhamdulillah, walau pun berat hanyalah turun sebanyak 1 kg, saya tetap happy. Tengok kawan-kawan lain, ada yang turun sebanyak 4.6kg, fuh, memang rasa kagum... Untuk minggu pertama ini, memang saya tidak terlalu berharap penurunan yang banyak. Nak tengok dulu bagaimana hasil yang akan diperolehi dengan hanya meng'kontrol' makanan sahaja.
Kalau nak ikut kan seminggu dua sebelum bermula contest diet PD50H ni, saya dah cuba berdiet sendiri. Masa tu tak sangka pun yang Kak Zel dah war-warkan tentang PD50H. Nasib baik lah sempat buka beberapa hari sebelum tarikh penyertaan tamat.
Apa yang saya nak high-light kat sini, walau pun dah mula buat pra-diet. Tapi bila kita berada dalam contest, rasa 'tergoda' tu sangatlah 'memberahi'kan. Time tu la nampak nasi tu sedap yang amat sangat. Masa tu juga la asyik teringat dan teringin nak makan macam2. Walhal masa pra-diet tu tak lah rasa tergoda sangat.
Sebab tu lah memang saya tak terlalu berharap, tapi tetap juga lah berharap ada penurunan. Syukur. walau pun 1 Kg, terasalah juga yang badan rasa ringin sikit berbanding sebelum2 ni. Kalau boleh maintain macam ni sampai hujung tahun, fulamak. memang tak dapat nak bayangkan mcam mana figure saya nanti.
* dah start berangan dah*. Saja lah kan nak berangan sekejap. Orang kata realiti tu datang dari angan-angan.
Kalau 1 Kg seminggu . PD50H ada 7 minggu. dah 7 KG dah. Kalau tambah bulan puasa. Tambah lagi 4 kg. dah jadi 11 Kg. 84 - 11 = 73 kg... fuh... juling jap mata . :D
tolak campur maybe kalau kekalkan dengan gaya makan sekarang, nanti raya berat tu surut lah sikitkan. berat will be around 73 - 75kg. HOPE SO lah kan... tak per lah just think positive.
Good luck pada diri sendiri dan rakan2 yang lain
@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~
Friday, June 10, 2011
Dah submit maklumat penyertaan PD50H
Salam kawan2,
Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Semalam saya dapat khabar dari kawan masa sekolah dekat Teknik Bentong, yang salah seorang daripada kawan se-dorm kami, meninggal dunia. Arwah mengidap sakit jantung.
Kalau tidak keberatan mohon sedekahkan Al-fatihah keatas roh Siti Noorul Azrin. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan solehah.
Sebenarnya, tak tahu nak citer apa sangat. Lately ni buzy sikit. Tapi tak ada lah buzy sesangat. Cuma nak on laptop tu agar payah. Hehehe... Sedar-sedar contest Kak Zel dah nak mula dah. Since hari ni last, saya pun dah hantar dah penyertaan saya di email yang Kak Zel bagi tu....
so;
- butir-butir diri - settle
- gambar penuh (baru ambil tadi) - settle
- gambar timbang terkini - settle 83 KG
- join group Program Diet 50 Hari - settle
- ask to be friend to Kak Zel - settle * yg ni tak der dalam arahan, sesaje pandai sendiri.
ni, gambar timbang terkini berat saya. gambar penuh tak dapat nak publish kat sini , sebab tak pakai tudung tadi.
p/s: tengah tunggu email dari Kak Zel untuk bank in duit penyertaan.
@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~
Tuesday, May 24, 2011
Carta Makanan dari Rapi
Monday, May 23, 2011
Cadangan Untuk Contest Anjuran Kak Zel
Ni cadangan saya, mana lah tahu sangkut satu dua untuk jadi guideline contest diet yang akan bakal kak Zel buat tu.
- Tempoh masa kita buat 44 hari. Buat 3 kali pusingan. so dalam selang pusingan tu boleh la peserta lepaskan rindu dendam makan sepuas hati. Tapi selang masa tak leh lama, sekurang2nya 2,3 hari je. takut nanti, malas nak teruskan
- Makan nasi pakai beras perang. - beras perang ni, rasa dia memang x sedap. Rasa mcam makan gandum, kalau x lalu boleh la makan beras biasa. Tapi beras perang ni memang sesuai utk diet.
- 2 kali sehari makan nasi, 1 cawan sekali makan. Sekali masa makan t/hari dan sekali lagi masa makan malam. Makan malam better makan sebelum mahgrib. Tapi ikut la memasing, maybe yang family dah biasa makan malam pukul 8.00 malam. Kalau boleh awalkan, lagi bagus. * utk diri sendiri la..
- Masa makan kunyah pelahan-lahan. Enjoy your food. Jangan kunyah, 2,3 kali, terus telan. Sebenarnya ini adalah saya. Saya memang makan cepat. Pastu rasa mcam tak puas je makan. then tambah, dan tambah lagi. Sekarang ni pun memang tengah kontrol habit x bagus ni. Makan cepat juga, tapi kunyah banyak2x baru lah telan.
- 100 langkah lepas makan. Lepas makan, jangan duduk lama-lama. Tu sebab Cik Bont*T kita kembang semacam je. Kata orang dulu2 la. Kalau yang mana rajin, 200 langkah pun boleh. kalau x 100 langkah pun dah kira ok.
- Minum Air lepas 1/2 jam makan. atau lepas berjalan 100 langkah. Air, boleh minum masa tengah makan. atau lepas makan. Tapi seteguk dua je. Supaya tak tercekik. Tak minum lagi bagus. Minum Air lepas 1/2 jam makan. atau lepas berjalan 100 langkah.
- Minum lah air panas atau suam atau jernih masa kita makan. Boleh je nak minum air berkordial tapi pastikan air tu bukan air yang sejuk, atau ada ais. Nak minum air sejuk, atau berais, time kita tak ambil apa-apa makanan. Time makan buah boleh minum dengan air sejuk. tapi kalau masa kita ambil makanan berat, minum air yang tidak berais, dan sejuk.
- 8 gelas air setiap hari. OK, yang ni, saya sendiri pun konfius, bila orang dok kata 8 gelas sehari. 8 gelas tu mcam mana rupa dia? yang ni sendiri-sendiri punya pandai la.. tapi pernah la sorang kakak herbalife ni cakap, berat macam saya, 85kg seelok2nya 5 liter air sehari. 5 liter? huhuhu.... mcam x percaya je kan..? memang ada kebenarannya... minum air memang sangat bagus, sebab air ni ejen pembuang toksik kita. kalau air dalam badan kita cukup, time nak membuang air besar tu , senang je dia keluar. tapi kalau dalam badan kurang air, memang susah nak keluar. Jadi pandai2 la diri memasing, adjust. ada juga tips, kalau nak tahu bila badan kita kurang air ialah, tekak kita rasa kering je. Minum la cepat. Tapi kalau terlebih minum pun susah juga. Nanti gemuk air plak.
- Makan buah sebelum makan nasi. Ni lah cara makan buah yang betul sebenarnya. Boleh google kalau nak tahu lebih lanjut sebab saya tak pandai nak terangkan.
- Lauk yang dimasak, mestilah dengan cara rebus, panggang, dan juga grill. Gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit kalau perlu. Kalau sapa sanggup, guna minyak zaitun. * pepaham jelah minyak zaitun ni mahal giler harga dia. Tapi memang sangat bagus utk diet.
- sayur pun mcam tu juga, masak bening. kukus, atau grill. garam letak sikit je. Kalau tak letak garam pun boleh. Ingat tak time kak zel buat 3DD tu, masa tu memang saya try tak ambil garam, or any other perasa. Memang la, makan rasa mcam tak semangat je... tapi memang nampak kesan dia. tapi tu la, sebab kita kan nanti akan kembali kepada rutin asal yang ada garam, ada gula, so kita jangan buang langsung semua tu. kita kontrol dia. Letak sikit je. atau boleh pilih 1 hari dalam 7 hari tu, kita x guna langsung garam dalam sayur kita. tapi dalam lauk letak la sikit, kang kalau x der garam langsung nanti kena urat kejang plak. susah juga.
p/s : nanti saya post kan jadual makanan yang saya ambil dari rapi as guideline makanan dalam seminggu. Dan lepas tu ikut la creativiti memasing.
ok kak zel, ni cadangan saya. mana lah tahu ada yang sesuai utk contest kak zel ni....
@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~
Tuesday, February 15, 2011
Tahniah U all and Pengumuman Contest Pantang 44 Hari
Salam semua geng-geng SNTN yang join contest kak Ani. Macam yang kita semua dah maklum. Contest SNTN bawah anjuran Kak Ani baru je habis awal Februari 2011 ni.
- 1st of all saya nak ucapkan tahniah untuk Kak Ani yang telah menganjurkan contest ini.
- 2nd : saya juga nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menang.
- 3rd : Nak juga ucap tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharungi tempoh contest ini. Saya percaya walaupun tidak menang, tapi kalian tetap menang untuk diri sendiri.
- 4th : Nak ucap tahniah juga kepada mereka yang tidak sampai ke penghujung , seperti saya, at least we tried our best. Is't right?
Tahniah Again. Saya terfikir juga nak buat 1 contest diet. Tapi sedang merangka-rangka syarat-syarat yang dirasakan perlu. Walaubagaimana pun, saya umumkan contest baru yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat ini.
CONTEST PANTANG 44 HARI
Since saya tak ada pengalaman anjurkan contest sebelum ni, jadi saya sangat berharap guideline dari Kak Zel dan Kak Ani. Saya kan menghubungi mereka berdua dalam masa terdekat, dan dapatkan maklumat sebarapa yang boleh untuk membantu saya menganjurkan contest ini.
Jadi kepada kawan-kawan SNTN, kalian sangat dialu-alukan... Semoga kita sihat bersama dan cantik juga bersama.
@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~