Monday, June 20, 2011

Timbangan Isnin minggu ke-2





  1. Isnin Minggu I : 84 Kg - 13 Jun 2011
  2. Isnin Minggu II : 83 Kg - 20 Jun 2011

Dengan ini diistiharkan penurunan adalah sebanyak : 1 KG

Gambar i : Isnin Minggu I : 84 Kg



Gambar ii : Isnin Minggu II : 83 Kg


Alhamdulillah, walau pun berat hanyalah turun sebanyak 1 kg, saya tetap happy. Tengok kawan-kawan lain, ada yang turun sebanyak 4.6kg, fuh, memang rasa kagum... Untuk minggu pertama ini, memang saya tidak terlalu berharap penurunan yang banyak. Nak tengok dulu bagaimana hasil yang akan diperolehi dengan hanya meng'kontrol' makanan sahaja.


Kalau nak ikut kan seminggu dua sebelum bermula contest diet PD50H ni, saya dah cuba berdiet sendiri. Masa tu tak sangka pun yang Kak Zel dah war-warkan tentang PD50H. Nasib baik lah sempat buka beberapa hari sebelum tarikh penyertaan tamat.


Apa yang saya nak high-light kat sini, walau pun dah mula buat pra-diet. Tapi bila kita berada dalam contest, rasa 'tergoda' tu sangatlah 'memberahi'kan. Time tu la nampak nasi tu sedap yang amat sangat. Masa tu juga la asyik teringat dan teringin nak makan macam2. Walhal masa pra-diet tu tak lah rasa tergoda sangat.


Sebab tu lah memang saya tak terlalu berharap, tapi tetap juga lah berharap ada penurunan. Syukur. walau pun 1 Kg, terasalah juga yang badan rasa ringin sikit berbanding sebelum2 ni. Kalau boleh maintain macam ni sampai hujung tahun, fulamak. memang tak dapat nak bayangkan mcam mana figure saya nanti.


* dah start berangan dah*. Saja lah kan nak berangan sekejap. Orang kata realiti tu datang dari angan-angan.


Kalau 1 Kg seminggu . PD50H ada 7 minggu. dah 7 KG dah. Kalau tambah bulan puasa. Tambah lagi 4 kg. dah jadi 11 Kg. 84 - 11 = 73 kg... fuh... juling jap mata . :D


tolak campur maybe kalau kekalkan dengan gaya makan sekarang, nanti raya berat tu surut lah sikitkan. berat will be around 73 - 75kg. HOPE SO lah kan... tak per lah just think positive.




Good luck pada diri sendiri dan rakan2 yang lain


@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

4 comments:

  1. tipu tipu..silap tengok bah...bukan 4.6kg..huhuhu..2.3kg jer...kesilapan sebab guna lbs..hehehe..tapi nasiblah turunkan..yang penting semangat bah....chaiyok!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah!!

    1kg pon bernilai tau! Dan kalau bayangkan penurunan setiap minggu 1kg.. memang dah terbaik tuu.. silap-silap dah boleh sarung kebaya waktu raya nanti. hik hik.

    Teruskan usaha! (^_^)

    ReplyDelete
  3. ok la tu 1kg tu...apa pun bila kita join contest ni control makan tu dtg secara semulajadi..sbb ada kawan2 nak diet sama2..berlumba2 nak turun badan..bestkan bila dah join PD50H nie..

    ReplyDelete
  4. turun sekilo...sangat bagus tu...

    ReplyDelete