Pages

Monday, March 5, 2012

Selamat Puasa hari ni

Alhamdulillah,
Dapat puasa sehari
Buka puasa tadi pun
Dapat kawal nafsu makan
Alhamdulillah

Esok Puasa lagi ker?

InsyaAllah...

Semangat!.




@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

huhuhuhu back to 85kg

apa la nak jadi ni kan.... naik turun naik turun. balik ke 85kg semula.
Perlu ke aku ambil produk2 lansing2 ni?
bukan tak pernah try tapi hasil tetap mengecewakan.
atau maybe sebab stress jadi makin menjadi2 la berat aku ni

huhuhu....
oklah... dulu dah amalkan minyak zaitun. tapi lepas je publish
terus malas nak amalkan

camner tu?





@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Monday, December 19, 2011

Morning Uollssss

Assalamualaikum........

semua kawan2 di geng KMMK, dah lama sangat saya tak update kat blog kan.... sebenarnya i'm doing nothing to my diet. Tu yang malas nak update. Bila tak makan, selang 2,3 hari berat cenggitu jugak.

Lama2 malas dah nak strunggle.


Tapi kan,
Baru2 ni, saya cuba ambil 1 sudu
minyak zaitun setiap hari.
last 2,3 day 2 sudu setiap hari.

You know what pagi tadi kan
lepas mandi gosok gigi semua
tanpa minum setitis air
saya pun timbang.

Berat saya adalah 82KG


heheheh 82KG je, tapi masih berat lagi kan?
memang betul, tapi tahu kah kamu semua
betapa berat itu telah me"yo-yo" selama hampir 2 tahun.

Walau pun selepas PDR yang cecah ke 78 telah me"yo-yo"
kembali ke 85Kg.

pastu terkepung dalam angka 80-85 sahaja.

saya sebenarnya dah lama dah tahu yang minyak zaitun
adalah bahan yang makanan yang baik dalam diet, cuma
tahu aja lah kan kita ni kalau beli produk lain beratus2 boleh
je,

tapi nak beli minyak cenonet setakat rm20 inggit tu, mak datuk
mahal no rasanya.

Dan nak tahu kenapa saya happy sangat walau pun dengan angka 82KG?

Sebab, hari sabtu, saya melantak pizza domino, saiz regular yang double cheese
tu berdua dengan adik saya.
then kami beli lagi 1 x-large pizza + 1 free = 2 x-large

balik tu, saya makan x-large tu, 2 keping. sebelum tido saya makan lagi 2 keping
esok pagi ahad saya makan 1 keping.

Malam tadi, (ahad malam isnin) makcik saya buat BBQ. adik saya gi umah dia balik bawa nasi lemak.
Walhal, masa i'sya, ayah saya cakap dia lapar. Dia order roti telur 2 keping, sementara dia solat, saya gi ambil.

sampai2 dah siap. Baru ingat nak order mee ladna, so x sempat terus order nasi lemak biasa.
ngam2 saya balik, ayah saya pun dah selesai solat.
kita orang berdua makan la sama2. dia makan roti telur, saya makan
nasi lemak.
dalam pada tu, saya cuit2 gak roti dia.
pastu adik saya balik, saya makan plak nasi lemak makcik saya tu.


seee..... how much I ate? banyak giler kan. kalau mcam ni, selalunya kan
saya timbang, esok paginya (which hari ni lah kan)

sure 85 kg punya.....


tapi pagi ini, berat saya adalah 82KG.


semangat dah datang balik.

Saya tak nafikan saya ada gak ambil produk lain, mcam nona rogay.
tapi nona roguy ni saya ambil selang2.

so those, yang berat macam yo-yo tu, n rasa motobolism tu ala-ala kureng je,
boleh la mencuba tips minum minyak zaitun ni.

last 2 weeks saya minum satu sudu sehari.
2,3 hari lepas saya naik kan dose dia
2 sudu sehari. by the way, berapa sudu u all nak ambil
terpulang la. ikut kebijaksanaan memasing.


untuk diri saya, 1-2 sudu just nice for my body perday.


selamat mencuba.

jom kita sihat dan cantik bersama.


@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Tuesday, August 16, 2011

Turunlah sikit, sikit je pun.



berat terkini turun adalah : 6KG


Pagi tadi sesaja je timbang, dah pakai baju semua. Berat adalah sebanyak 79KG. 

Huhuh... suka tau hati kita.

mula puasa : +- 81.5KG

2nd week puasa : 79 Kg 

dalam 2 minggu : lost 2.5KG.


masa minggu pertama, timbang lansung tak de gerak2 tau. mula2 rasa dah tention dah. apa ni Kevin Zahri cakap, kalau bulan puasa, makan macam mana pun mesti ada gak penurunan sebab kita puasa. Habis tu kenapa berat aku tak turun pun. Maintain je kat 81.5KG.


Lepas tu aku dah malas nak timbang2. Dok kau kat situ malas aku nak usik2 dah. tup2 semalam half naked timbang adalah 79KG. pagi ni timbang full dress pun 79KG.


hahahaha... suka2. sangat suka. minta2 kekal la kan... dan makin turun. Amin.


nak kurus. nak bergaya dan anggun sentiasa. boleh gitu?



p/s: Gambar malas nak ambil lagi pun tak wajib update kan... tunggu je pagi 1 syawal 1412H ni yea. 


:D


@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

 

 

Assalamualaikum,

 

Untuk permulaan ayat, disini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan semua. Berakhirnya tirai PD50H, kita bersambung pula pada PDR (program diet ramadhan). Berat sebelum join PD50H ada lah sebanyak 84 kg. Dan kalau hasrat saya tercapai. Esok pagi-pagi dalam pukul 8-10am, harap-harap timbangan berat saya adalah 80Kg, secara tidak langsung berat berkurang sebanyak 4kg sepanjang menyertai PD50H. dan memulakan berat dengan 80Kg utk PDR 2011.

image

Untuk ramadhan kali ini, saya membuat persiapan dengan membekalkan tubuh badan saya dengan makanan tambahan serta bahan mencuci toksik dari Nona Roguy. Sebenarnya diawal usia 20-an, saya memang telah berjinak-jinak dengan NR ni, sepanjang pengalaman saya memang saya sangat berpuas hati dengan NR. Cuma terpaksa berhenti bila kewangan tidak mengizinkan.

 

Untuk program PDR ni, saya target untuk turun sebanyak 10KG. dari 80KG menjadi 70KG.

 

 

InsyaAllah.

Friday, July 15, 2011

Alahai la timbang ku

Pagi tadi timbg, berat jadi 83kg. Erm biar betul ni. Berat isnin terkini 81.6kg. Kalau naik kena penalti lg la nampaknya. Seksanya nak kurus ni. Harap2 x naik la kan.

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60192990007

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

Monday, July 11, 2011

Timbangan Isnin Minggu 5


Sekejap je masa berlalu, pejam celik dah masuk Isnin Minggu ke-5. Punya la seksa nak menahan makan. Tapi disebabkan tak mahu kena penalti lagi, maka dengan segala paksanya menenguk air teh orang kampung disamping berpuasa.


Puasa pun bukan puasa sunat, tapi puasa ganti yang sememangnya wajib dan dituntut. Sedang eloklah sambil berdiet kita berpuasa. Tapi memang tak dapat dinafikan bila kita berada dalam satu kumpulan lebih-lebih lagi dengan satu tujuan dan range berat yang sama, maka semangat tu dapatlah maintain sehingga ke minggu ke-5 dan diharap terus maintain sampai ke hujung program.


Jadinya, untuk Isnin Minggu ke-5, berat adalah sebanyak : 81.6466 Kg dimana penurunan adalah lebih kurang 900 g. Hep, hep, hoory.... congrate to my self.... :D


gambar 1 : timbangan 180lb = 81.6466



Gambar 2 : Timbangan pada 11 Julai 2011.


p/s; tahniah yea pada sapa2 yang menang minggu ini.



@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~