Tuesday, December 7, 2010

Al Ajiba - Maal Hijrah

Selamat Tahun Baru 1432H kepada Rakan2 SNTN;

Semoga matlamat dan impian kita semua untuk mengurangkan berat badan serta impian2 tersembunyi yang lain(apa sahaja, asalkan niat yang baik) tercapai. Amin.






Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram

Al Ajiba

Lagu Tema Maal Hijrah

lirik 1 Muharram :

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Monday, December 6, 2010

hari ke-5

Ahad hari ke-5;

Gambar timbang terkini. 81 Kg



Sarapan : Susu 1 cawan
Brunch ialah : sila lihat gambar

BBQ ayam dan udang goreng, balut dalam salad pastu cicah brown souce...



antara 6pm-7pm. Attend my good friend's wedding. Dia punya tema hi-tea kat hotel d'palma seksyen 19, Shah alam. makan telur asin dan ikan tongkol, buah tembikai kuning dan keropok ubi.

ada lah segarfu dua spegeti dan kew tiau goreng serta sayur campur brokoli sikit <---- yang ni kicak adik sikit....



@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Sunday, December 5, 2010

Hari Ke-4

Sarapan ;
~~~~~ Susu

Makan t/hari ;
~~~~~ Ayam goreng 5 ketul kecil2

Makan Petang;
~~~~~ mee rojak + air tea O limau sejuk

Makan malam;
~~~~ ayam goreng

sepajang malam ;
~~~~ air sejuk

@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Saturday, December 4, 2010

Hari Ke-3

Sekejap je Jumaat. Tapi rasa macam nak surrender aja. I want nasi, I want Nasi.... but i want Slim too .... huhuu kena lah bertekad dengan semangatnya.

Nak Pakai baju cantik x?

Nak, nak!

Nak nampak bergaya x?

Nak, nak!

So , "SAY NO TO NASI" la......

;0( ~ sabor je lah


Hari ni x der gambar, list makanan pun mcam ingat, macam x ingat

jap ehhh.. try ingat kan.

sarapan ?
~~~ nestle crunch + susu

makan t/hari ?
~~~ayam goreng + ikan masin sikit + pucuk paku masak lemak ( lauk semalam) ;))

lapar lagi ?

makan petang ?
~~~ ratah ayam masak kicap + ketam rebus yang x habis 2,3 sudah but masih boleh makan lagi , dan sup cendawan + suun

makan malam ?
~~~ nestle crunch + susu.

sepanjang malam ?
~~~ air masak

sebelum tido ?
~~~ susu.


@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Hari Ke-2





Bangun awal pagi p minum susu , x der sarapan. then pukul 11pagi x tahan lapar. Kiranya nya 2 in 1 la ni ~ brunch!

Khamis malam Jumaat, join group AIM my mum buat tahlil beramai2, lepas tahlil join makan malam sekali. Yum, yummmmmm..... makan chicken grill and others. tengah malam lapar gak, makan la kepingan nestle tu ngan susu




@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Wednesday, December 1, 2010

Hari Pertama

Balik-balik je rumah ternampak nasi goreng, uishhh mcam sedap padahal dah sarapan dah. Huhuhu.... nasib tak terlupa.

Tengahhari pun macam tu juga, huhuhu nasib baik tak bolos. Kalau tak malu je, hari pertama dah kena buang dari contest SNTN


Berat hari pertama : 83.5 KG


update makan malam : 10.03pm
* roti john 3 ketul
* popia basah 1 ketul
* maggee



@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Tuesday, November 30, 2010

Kenapa berminat nak join contest Kak Aini?

Kalau ada yang bertanya-tanya kenapa kamu berminat nak join contest SYTN ~ Say No To Nasi?

Jawapan aku adalah kerana;
  1. Result check up kesihatan menunjukkan keputusan yang kurang syok
  2. My Sister Wedding day on 5th of Feb. 2011, so ngam-ngam lah kan habis contest, kenduri besar plak.

Result Kesihatan

Since last year start yearly rountine health check up. Last year buat kat TTDI Jaya, Shah Alam. Reason buat masa tu sebab a year before selalu deman. Elok sehari dua, pastu demam seminggu dua, begitu lah berulang-ulang sampai tak tahan dah. Around Mac (2009) macam tu gi klinik berbayar, selain demam, asyik batuk2 je.... rupa2 kena tonsel. Bila ambil darah, hasil ujian darah mengatakan bahawa saya mempunyai paras kolestrol yang tinggi di samping acid urine yang tinggi juga yang mana boleh menbawa kepada strok dan masalah gout. Atas nasihat doktor saya perlu mengurangkan beban dibadan sebanyak sekurang-kurangnya 10Kg. tapi dalam masa setahun saya telah naik sebanyak 10Kg++. Hahahaah hampik ko.

So tahun ni , perlu lagi mengulang ke klinik, tetapi bukan klinik berbayar tetapi klinik kesihatan yang hanya perlu bayar sebanyak RM1 sahaja.
RM1? ya, RM1. Jauh benar bezanya. Lupa yang itu.... ingatkan yang lain.

Ok, dipendekkan cerita, Ujian kali ini resultnya juga sama. Cuma doktor tak mahu bagi ubat lagi. Dia kasi masa 6 bulan lagi. Jadi kena lah berusaha sebaiknya supaya ujian darah tahun depan memberikan angka-angka yang manis-manis, asalkan bukan kencing manis. Oh! Ujian kencing manis ku diparas senang hati. 5.3. Bernasib baik lagi, kalau tak tentu-tentu sahaja aku dah kena mula ambil ubat seumur dihidup itu. ~
yang pasti aku tak mahu!


Cerita panjangnya pula tarikh Check-up pada 29/10/2010 – Malam Jumaat tu aku gi tido umah member aku kat Shah Alam, pagi-pagi bertolak lepas Subuh balik umah. OTW hujan, sampai rumah mandi siap semua. Kalau nak ambil darahkan kena puasakan, tapi aku terlupa terngap kuih keria seketul. Alahai, kesian aku…. Tapi aku gi gak klinik sebab dah buat ‘appointment’ kan, so sampai klinik orang tak ramai. Lagi pun hujan, so heaven, tak tunggu lama, tapi bila sampai turn aku, aku citer kat En. Pegawai tu, dia suruh balik sebab hatta sedikit atau secoit pun masuk dalam perut tetap tak boleh proceed ambil darah. Second date on Wednesday (3 Nov. 2010).


3/11/2010 – Temujanji kedua, kalau malam sebelum nak ambil darah tak jadi tu, aku memang control giler makan aku. Hanya makan bihun goreng, karipap separuh dan air masak banyak-banyak, tapi untuk tarikh ke-dua ni aku melantak habis-habisan sebelum pukul 10.00 malam. Apa aja tak masuk dalam perut aku, selagi namanya makanan yang boleh dimakan aku ngap masuk perut. Strees sebab ter ‘miss’ check up Jumaat lepas. Tapi nak salah kan En. Pegawai tu tak boleh lah kan.. memang salah aku. So pagi tu bangun, x semangat mcam 1st time, bangun lengah-lengah, siap dengan malasnya. Start engine kereta sampai Klinik orang penuh macam ulat. Ahhhaaaaa… tipu lah. Mana ada mcam ulat. Tetap macam manusia. Ambil no. Tunggu turn bayar, dah sampai turn, bayarlah RM1 (tu yang best gi klinik gomen ni…). Lepas satu jam, perut aku dah keroncong berdendang sayang, baru kena panggil. Ambil darah tak sampai 5 minit. Balik rumah, makan.


16/11/2010 – Patutnya ambil darah hari sebelumnya, tapi disebabkan bz yang mula-mulanya ingat tapi last-last jadi tak ingat, so aku ambil hari Selasa. Ni pun tunggu lama juga. Penat wehh…. Tension tau. Tunggu punya tunggu, bila jumpa En. Pegawai, dia kata gula 5.3 ok. Tapi Bad Cholesterol, and acid urine sangat tinggi. Kena kurangkan makan kekacang, kurangkan makan seafood, dalam masa 6 bulan lagi kita buat check up lagi. Dia suruh aku buat senaman. Jalan-jalan je pun dah ok. Next appointment will be on 9th of May 2011.


My Sister’s wedding day

Contest ni habis on 31st of January 2011, Lepas 4 hari, adik aku plak akan meraikan hari besar dia, so mesti lah nak cantik-cantikkan? Tak mahu Nampak gelebeh sana sani, kalau boleh nak Nampak fit supaya semua yang pandang tak merasa sakit mata, dan berkata “Anak sapa yang macam sumo itu?” ~ ohhh , tak sanggupnya. Kalau tak dapat kurang banyak pun dapat kurang sikit pun jadi lah kan, kan, kan? Erm.. sikit tu banyak mana Cik Sofie? ~ sikit tu 10kg, bolehka? BOleh3x, asalkan tak terkandas ditengah jalan….

@~;~;~~ Sofie Natashah ~;
~;~~

Testing

testing 1,2,3...

Bega Layout

Hari ni sepanjang hari membega layout untuk blog denaikurusku ini, tapi masih tak dapat lagi yang benar-benar memuaskan hati. Argggghh... tension ni!!!!!

contest SNTN

Blog ni dicipta sebab untuk memenuhi syarat contest yang dianjurkan oleh Kak Aini. Setiap peserta mesti ada blog untuk update perkembangan terkini sepanjang contest ini berlangsung.


Tempoh contest ini ialah :
01/12/2010 - 31/01/2011

Selama 2 bulan

* No 'nasi'
* No 'ubat-ubatan kurus'