Tuesday, November 30, 2010

Kenapa berminat nak join contest Kak Aini?

Kalau ada yang bertanya-tanya kenapa kamu berminat nak join contest SYTN ~ Say No To Nasi?

Jawapan aku adalah kerana;
  1. Result check up kesihatan menunjukkan keputusan yang kurang syok
  2. My Sister Wedding day on 5th of Feb. 2011, so ngam-ngam lah kan habis contest, kenduri besar plak.

Result Kesihatan

Since last year start yearly rountine health check up. Last year buat kat TTDI Jaya, Shah Alam. Reason buat masa tu sebab a year before selalu deman. Elok sehari dua, pastu demam seminggu dua, begitu lah berulang-ulang sampai tak tahan dah. Around Mac (2009) macam tu gi klinik berbayar, selain demam, asyik batuk2 je.... rupa2 kena tonsel. Bila ambil darah, hasil ujian darah mengatakan bahawa saya mempunyai paras kolestrol yang tinggi di samping acid urine yang tinggi juga yang mana boleh menbawa kepada strok dan masalah gout. Atas nasihat doktor saya perlu mengurangkan beban dibadan sebanyak sekurang-kurangnya 10Kg. tapi dalam masa setahun saya telah naik sebanyak 10Kg++. Hahahaah hampik ko.

So tahun ni , perlu lagi mengulang ke klinik, tetapi bukan klinik berbayar tetapi klinik kesihatan yang hanya perlu bayar sebanyak RM1 sahaja.
RM1? ya, RM1. Jauh benar bezanya. Lupa yang itu.... ingatkan yang lain.

Ok, dipendekkan cerita, Ujian kali ini resultnya juga sama. Cuma doktor tak mahu bagi ubat lagi. Dia kasi masa 6 bulan lagi. Jadi kena lah berusaha sebaiknya supaya ujian darah tahun depan memberikan angka-angka yang manis-manis, asalkan bukan kencing manis. Oh! Ujian kencing manis ku diparas senang hati. 5.3. Bernasib baik lagi, kalau tak tentu-tentu sahaja aku dah kena mula ambil ubat seumur dihidup itu. ~
yang pasti aku tak mahu!


Cerita panjangnya pula tarikh Check-up pada 29/10/2010 – Malam Jumaat tu aku gi tido umah member aku kat Shah Alam, pagi-pagi bertolak lepas Subuh balik umah. OTW hujan, sampai rumah mandi siap semua. Kalau nak ambil darahkan kena puasakan, tapi aku terlupa terngap kuih keria seketul. Alahai, kesian aku…. Tapi aku gi gak klinik sebab dah buat ‘appointment’ kan, so sampai klinik orang tak ramai. Lagi pun hujan, so heaven, tak tunggu lama, tapi bila sampai turn aku, aku citer kat En. Pegawai tu, dia suruh balik sebab hatta sedikit atau secoit pun masuk dalam perut tetap tak boleh proceed ambil darah. Second date on Wednesday (3 Nov. 2010).


3/11/2010 – Temujanji kedua, kalau malam sebelum nak ambil darah tak jadi tu, aku memang control giler makan aku. Hanya makan bihun goreng, karipap separuh dan air masak banyak-banyak, tapi untuk tarikh ke-dua ni aku melantak habis-habisan sebelum pukul 10.00 malam. Apa aja tak masuk dalam perut aku, selagi namanya makanan yang boleh dimakan aku ngap masuk perut. Strees sebab ter ‘miss’ check up Jumaat lepas. Tapi nak salah kan En. Pegawai tu tak boleh lah kan.. memang salah aku. So pagi tu bangun, x semangat mcam 1st time, bangun lengah-lengah, siap dengan malasnya. Start engine kereta sampai Klinik orang penuh macam ulat. Ahhhaaaaa… tipu lah. Mana ada mcam ulat. Tetap macam manusia. Ambil no. Tunggu turn bayar, dah sampai turn, bayarlah RM1 (tu yang best gi klinik gomen ni…). Lepas satu jam, perut aku dah keroncong berdendang sayang, baru kena panggil. Ambil darah tak sampai 5 minit. Balik rumah, makan.


16/11/2010 – Patutnya ambil darah hari sebelumnya, tapi disebabkan bz yang mula-mulanya ingat tapi last-last jadi tak ingat, so aku ambil hari Selasa. Ni pun tunggu lama juga. Penat wehh…. Tension tau. Tunggu punya tunggu, bila jumpa En. Pegawai, dia kata gula 5.3 ok. Tapi Bad Cholesterol, and acid urine sangat tinggi. Kena kurangkan makan kekacang, kurangkan makan seafood, dalam masa 6 bulan lagi kita buat check up lagi. Dia suruh aku buat senaman. Jalan-jalan je pun dah ok. Next appointment will be on 9th of May 2011.


My Sister’s wedding day

Contest ni habis on 31st of January 2011, Lepas 4 hari, adik aku plak akan meraikan hari besar dia, so mesti lah nak cantik-cantikkan? Tak mahu Nampak gelebeh sana sani, kalau boleh nak Nampak fit supaya semua yang pandang tak merasa sakit mata, dan berkata “Anak sapa yang macam sumo itu?” ~ ohhh , tak sanggupnya. Kalau tak dapat kurang banyak pun dapat kurang sikit pun jadi lah kan, kan, kan? Erm.. sikit tu banyak mana Cik Sofie? ~ sikit tu 10kg, bolehka? BOleh3x, asalkan tak terkandas ditengah jalan….

@~;~;~~ Sofie Natashah ~;
~;~~

Testing

testing 1,2,3...

Bega Layout

Hari ni sepanjang hari membega layout untuk blog denaikurusku ini, tapi masih tak dapat lagi yang benar-benar memuaskan hati. Argggghh... tension ni!!!!!

contest SNTN

Blog ni dicipta sebab untuk memenuhi syarat contest yang dianjurkan oleh Kak Aini. Setiap peserta mesti ada blog untuk update perkembangan terkini sepanjang contest ini berlangsung.


Tempoh contest ini ialah :
01/12/2010 - 31/01/2011

Selama 2 bulan

* No 'nasi'
* No 'ubat-ubatan kurus'