Monday, June 11, 2012

Mengatur kembali langkah untuk CD30K


Dah masuk 1/2 tahun
Berat masih takat tu jugak
Naik turun naik turun duk ulang2 digit tu juga
Macam lost je rentak 2,3 bulan ni

Sekrang dah pandai dah
pergi singgah angka 87
lepas 2,3 hari balik semua ke 85
benci , tak suka, menyampah sangat ok

So sekrang nak replan balik
untuk CD30 ni, semoga tercapai
impian untuk lost 30KG hujung tahun ni
Pejam celik masa berlalu pantas sungguh kan

Apa-apa pun, untuk minggu pertama ni
1st plan aku, bayar puasa Ramadhan
Sehari je lagi
+ Puasa Nazar 3 set (9 hari semuanya)

So bila kira-kira aku cuma ada 7 hari
je b4 next coming guess, I guess
so kalau aku sempat puasa Qada sehari + 1 set nazar
tinggal la 2 set je kan hutang puasa aku

jadi nya lepas habis layan tetamu itu
bayar lagi 2 set settle dah
Walau pun puasa, aku tgh nak set kan minda aku
untuk walking petang-petang di sekitar rumah aku ni

since aku kan operate tulang belakang
kalau aku lari alamat la lepas lari deman balik
kalau dah demam nampaknya aku melepek ajalah atas katil
jadinya nak selamat aku jalan je la
kali ni nak siapkan mantel aku ni kalau ada orang tegur
"Nak kurus kena lari"

~ pedulikan semua itu, kesihatan kau (aku)  untuk masa skrg
   lebih sesuai untuk berjalan, biar lambat asal selamat
   pelahan-lahan kayuh lama-lama kurus juga!
   at least you (me) do something than do nothing
   Kena kuat semangat , hati waja 
   Jangan lembik sangat , kena tempik sikit
   dah nak terasa, dah nak malu, dah patah semangat
   kalau kau sakit ada orang nak jaga kau?
   ada orang nak bayar bil hospital kau?
   Kalau kau gemuk, nanti melepas kau nak pakai baju cantik2
   Kalau kau nak terus gemuk, boleh je pakai baju cantik
   tapi harganya mahalla, sebab kena tambah kain duh!
   Kalau kurus lagi nampak bertambah cantik,
   Kurang pakai kain, boleh berjimat cermat
   Ni orang beli kain 4 meter , kau kena beli 4 1/2 meter
   Kalau kau tak usaha berubah sekarang mau nanti jadi 5 meter
 
+ Oh, tidak-tidak. Aku tak mahu itu terjadi

well, itu bab exercise la kan
bab makan plak plan aku
aku akan kembali kepada minyak zaitun ku
sesudu satu hari
kali ni nak ambil masa bangun tidur

dengan air liur basi bangun-bangun
ngap minyak zaitun sesudu
nyam-nyam eh, kau (aku) jangan geli-geli ok
memang orang tua-tua kata
enzim air liur elok utk awet mudakan
bangun pepagi tak yah gosok gigi dulu
terus minum air masak
instead of air masak sahaja apa kata aku tambah
minyak zaitun sesudu lagi la berkhasiat kan (?)

ok, hari ni x puasa,
so aku start puasa esok la... means Selasa
then petang esok akan test-test dulu larat ke na jejalan sesaja
Harap boleh je lah kan... kalau x leh jalan, jauh-jauh
dapat se pusing dua pusing blok rumah aku ni pun jadi la,
kalau dapat satu telok ni lagi bagus kan.. (hahaha perasan macam antibody kuat sangatkan)
Then kalau x dapat walking-walking maybe akan usahakan untuk hot sauna

ok, tq for reading

see you next entry


@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~


<3 <3 <3


No comments:

Post a Comment