Tuesday, February 15, 2011

Tahniah U all and Pengumuman Contest Pantang 44 Hari


Salam semua geng-geng SNTN yang join contest kak Ani. Macam yang kita semua dah maklum. Contest SNTN bawah anjuran Kak Ani baru je habis awal Februari 2011 ni.

  • 1st of all saya nak ucapkan tahniah untuk Kak Ani yang telah menganjurkan contest ini.
  • 2nd : saya juga nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menang.
  • 3rd : Nak juga ucap tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharungi tempoh contest ini. Saya percaya walaupun tidak menang, tapi kalian tetap menang untuk diri sendiri.
  • 4th : Nak ucap tahniah juga kepada mereka yang tidak sampai ke penghujung , seperti saya, at least we tried our best. Is't right?

Tahniah Again. Saya terfikir juga nak buat 1 contest diet. Tapi sedang merangka-rangka syarat-syarat yang dirasakan perlu. Walaubagaimana pun, saya umumkan contest baru yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat ini.


CONTEST PANTANG 44 HARI


Since saya tak ada pengalaman anjurkan contest sebelum ni, jadi saya sangat berharap guideline dari Kak Zel dan Kak Ani. Saya kan menghubungi mereka berdua dalam masa terdekat, dan dapatkan maklumat sebarapa yang boleh untuk membantu saya menganjurkan contest ini.


Jadi kepada kawan-kawan SNTN, kalian sangat dialu-alukan... Semoga kita sihat bersama dan cantik juga bersama.





@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~