Ni senarai menu yang saya ambil dari Majalah rapi. Tapi total kalori dia 1800. tak sempat lagi nak edit.. untuk kurang jadi 1200 kalori. Will edit soon......
Ni cadangan saya, mana lah tahu sangkut satu dua untuk jadi guideline contest diet yang akan bakal kak Zel buat tu.
Tempoh masa kita buat 44 hari. Buat 3 kali pusingan. so dalam selang pusingan tu boleh la peserta lepaskan rindu dendam makan sepuas hati. Tapi selang masa tak leh lama, sekurang2nya 2,3 hari je. takut nanti, malas nak teruskan
Makan nasi pakai beras perang. - beras perang ni, rasa dia memang x sedap. Rasa mcam makan gandum, kalau x lalu boleh la makan beras biasa. Tapi beras perang ni memang sesuai utk diet.
2 kali sehari makan nasi, 1 cawan sekali makan. Sekali masa makan t/hari dan sekali lagi masa makan malam. Makan malam better makan sebelum mahgrib. Tapi ikut la memasing, maybe yang family dah biasa makan malam pukul 8.00 malam. Kalau boleh awalkan, lagi bagus. * utk diri sendiri la..
Masa makan kunyah pelahan-lahan. Enjoy your food. Jangan kunyah, 2,3 kali, terus telan. Sebenarnya ini adalah saya. Saya memang makan cepat. Pastu rasa mcam tak puas je makan. then tambah, dan tambah lagi. Sekarang ni pun memang tengah kontrol habit x bagus ni. Makan cepat juga, tapi kunyah banyak2x baru lah telan.
100 langkah lepas makan. Lepas makan, jangan duduk lama-lama. Tu sebab Cik Bont*T kita kembang semacam je. Kata orang dulu2 la. Kalau yang mana rajin, 200 langkah pun boleh. kalau x 100 langkah pun dah kira ok.
Minum Air lepas 1/2 jam makan. atau lepas berjalan 100 langkah. Air, boleh minum masa tengah makan. atau lepas makan. Tapi seteguk dua je. Supaya tak tercekik. Tak minum lagi bagus. Minum Air lepas 1/2 jam makan. atau lepas berjalan 100 langkah.
Minum lah air panas atau suam atau jernih masa kita makan. Boleh je nak minum air berkordial tapi pastikan air tu bukan air yang sejuk, atau ada ais. Nak minum air sejuk, atau berais, time kita tak ambil apa-apa makanan. Time makan buah boleh minum dengan air sejuk. tapi kalau masa kita ambil makanan berat, minum air yang tidak berais, dan sejuk.
8 gelas air setiap hari. OK, yang ni, saya sendiri pun konfius, bila orang dok kata 8 gelas sehari. 8 gelas tu mcam mana rupa dia? yang ni sendiri-sendiri punya pandai la.. tapi pernah la sorang kakak herbalife ni cakap, berat macam saya, 85kg seelok2nya 5 liter air sehari. 5 liter? huhuhu.... mcam x percaya je kan..? memang ada kebenarannya... minum air memang sangat bagus, sebab air ni ejen pembuang toksik kita. kalau air dalam badan kita cukup, time nak membuang air besar tu , senang je dia keluar. tapi kalau dalam badan kurang air, memang susah nak keluar. Jadi pandai2 la diri memasing, adjust. ada juga tips, kalau nak tahu bila badan kita kurang air ialah, tekak kita rasa kering je. Minum la cepat. Tapi kalau terlebih minum pun susah juga. Nanti gemuk air plak.
Makan buah sebelum makan nasi. Ni lah cara makan buah yang betul sebenarnya. Boleh google kalau nak tahu lebih lanjut sebab saya tak pandai nak terangkan.
Lauk yang dimasak, mestilah dengan cara rebus, panggang, dan juga grill. Gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit kalau perlu. Kalau sapa sanggup, guna minyak zaitun. * pepaham jelah minyak zaitun ni mahal giler harga dia. Tapi memang sangat bagus utk diet.
sayur pun mcam tu juga, masak bening. kukus, atau grill. garam letak sikit je. Kalau tak letak garam pun boleh. Ingat tak time kak zel buat 3DD tu, masa tu memang saya try tak ambil garam, or any other perasa. Memang la, makan rasa mcam tak semangat je... tapi memang nampak kesan dia. tapi tu la, sebab kita kan nanti akan kembali kepada rutin asal yang ada garam, ada gula, so kita jangan buang langsung semua tu. kita kontrol dia. Letak sikit je. atau boleh pilih 1 hari dalam 7 hari tu, kita x guna langsung garam dalam sayur kita. tapi dalam lauk letak la sikit, kang kalau x der garam langsung nanti kena urat kejang plak. susah juga.
p/s : nanti saya post kan jadual makanan yang saya ambil dari rapi as guideline makanan dalam seminggu. Dan lepas tu ikut la creativiti memasing.
ok kak zel, ni cadangan saya. mana lah tahu ada yang sesuai utk contest kak zel ni....
Salam semua geng-geng SNTN yang join contest kak Ani. Macam yang kita semua dah maklum. Contest SNTN bawah anjuran Kak Ani baru je habis awal Februari 2011 ni.
1st of all saya nak ucapkan tahniah untuk Kak Ani yang telah menganjurkan contest ini.
2nd : saya juga nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menang.
3rd : Nak juga ucap tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharungi tempoh contest ini. Saya percaya walaupun tidak menang, tapi kalian tetap menang untuk diri sendiri.
4th : Nak ucap tahniah juga kepada mereka yang tidak sampai ke penghujung , seperti saya, at least we tried our best. Is't right?
Tahniah Again. Saya terfikir juga nak buat 1 contest diet. Tapi sedang merangka-rangka syarat-syarat yang dirasakan perlu. Walaubagaimana pun, saya umumkan contest baru yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat ini.
CONTEST PANTANG 44 HARI
Since saya tak ada pengalaman anjurkan contest sebelum ni, jadi saya sangat berharap guideline dari Kak Zel dan Kak Ani. Saya kan menghubungi mereka berdua dalam masa terdekat, dan dapatkan maklumat sebarapa yang boleh untuk membantu saya menganjurkan contest ini.
Jadi kepada kawan-kawan SNTN, kalian sangat dialu-alukan... Semoga kita sihat bersama dan cantik juga bersama.
Semoga matlamat dan impian kita semua untuk mengurangkan berat badan serta impian2 tersembunyi yang lain(apa sahaja, asalkan niat yang baik) tercapai. Amin.
Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram
Al Ajiba
Lagu Tema Maal Hijrah
lirik 1 Muharram :
Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman
Sarapan : Susu 1 cawan Brunch ialah : sila lihat gambar
BBQ ayam dan udang goreng, balut dalam salad pastu cicah brown souce...
antara 6pm-7pm. Attend my good friend's wedding. Dia punya tema hi-tea kat hotel d'palma seksyen 19, Shah alam. makan telur asin dan ikan tongkol, buah tembikai kuning dan keropok ubi.
ada lah segarfu dua spegeti dan kew tiau goreng serta sayur campur brokoli sikit <---- yang ni kicak adik sikit....
Sekejap je Jumaat. Tapi rasa macam nak surrender aja. I want nasi, I want Nasi.... but i want Slim too .... huhuu kena lah bertekad dengan semangatnya.
Nak Pakai baju cantik x?
Nak, nak!
Nak nampak bergaya x?
Nak, nak!
So , "SAY NO TO NASI" la......
;0( ~ sabor je lah
Hari ni x der gambar, list makanan pun mcam ingat, macam x ingat
jap ehhh.. try ingat kan.
sarapan ? ~~~ nestle crunch + susu
makan t/hari ? ~~~ayam goreng + ikan masin sikit + pucuk paku masak lemak ( lauk semalam) ;))
lapar lagi ?
makan petang ? ~~~ ratah ayam masak kicap + ketam rebus yang x habis 2,3 sudah but masih boleh makan lagi , dan sup cendawan + suun