Friday, June 10, 2011

Dah submit maklumat penyertaan PD50H




Salam kawan2,

Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Semalam saya dapat khabar dari kawan masa sekolah dekat Teknik Bentong, yang salah seorang daripada kawan se-dorm kami, meninggal dunia. Arwah mengidap sakit jantung.

Kalau tidak keberatan mohon sedekahkan Al-fatihah keatas roh Siti Noorul Azrin. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan solehah.


Sebenarnya, tak tahu nak citer apa sangat. Lately ni buzy sikit. Tapi tak ada lah buzy sesangat. Cuma nak on laptop tu agar payah. Hehehe... Sedar-sedar contest Kak Zel dah nak mula dah. Since hari ni last, saya pun dah hantar dah penyertaan saya di email yang Kak Zel bagi tu....

so;

  1. butir-butir diri - settle
  2. gambar penuh (baru ambil tadi) - settle
  3. gambar timbang terkini - settle 83 KG
  4. join group Program Diet 50 Hari - settle
  5. ask to be friend to Kak Zel - settle * yg ni tak der dalam arahan, sesaje pandai sendiri.

ni, gambar timbang terkini berat saya. gambar penuh tak dapat nak publish kat sini , sebab tak pakai tudung tadi.


p/s: tengah tunggu email dari Kak Zel untuk bank in duit penyertaan.




@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

6 comments: