Tuesday, July 5, 2011

timbangan Isnin Minggu 4


salam.....

Timbangan minggu ini ada sedikit kecelaruan. Sekejap2 naik kat atas timbang tu, 82Kg. pastu try naik lagi , jadi 82.5kg. naik balik, jadi 82 kg semula. last2 asal naik, tangkap gambar. Tgk banyak result 82.5 dari 82.


Huawaaaaaa........ tu lar melantak sakan sangat domino pizza. kan dah naik 0.5kg.....
Kena penalti pertama... tak suka, tak suka.......


gambar 1 : 182 pounds.



gambar 2 : Convert = 82.5++++ kg.......


Suka tak suka... keputusan telah tercatat.... Kak Zel... penalti. 1. :((


@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Monday, June 27, 2011

Timbangan Isnin Minggu 3




Alhamdulillah, minggu ini turun 1 KG juga.

Dengan berat timbangan terkini pada 82KG....
Syukur alhamdulillah....








@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Monday, June 20, 2011

Timbangan Isnin minggu ke-2





  1. Isnin Minggu I : 84 Kg - 13 Jun 2011
  2. Isnin Minggu II : 83 Kg - 20 Jun 2011

Dengan ini diistiharkan penurunan adalah sebanyak : 1 KG

Gambar i : Isnin Minggu I : 84 Kg



Gambar ii : Isnin Minggu II : 83 Kg


Alhamdulillah, walau pun berat hanyalah turun sebanyak 1 kg, saya tetap happy. Tengok kawan-kawan lain, ada yang turun sebanyak 4.6kg, fuh, memang rasa kagum... Untuk minggu pertama ini, memang saya tidak terlalu berharap penurunan yang banyak. Nak tengok dulu bagaimana hasil yang akan diperolehi dengan hanya meng'kontrol' makanan sahaja.


Kalau nak ikut kan seminggu dua sebelum bermula contest diet PD50H ni, saya dah cuba berdiet sendiri. Masa tu tak sangka pun yang Kak Zel dah war-warkan tentang PD50H. Nasib baik lah sempat buka beberapa hari sebelum tarikh penyertaan tamat.


Apa yang saya nak high-light kat sini, walau pun dah mula buat pra-diet. Tapi bila kita berada dalam contest, rasa 'tergoda' tu sangatlah 'memberahi'kan. Time tu la nampak nasi tu sedap yang amat sangat. Masa tu juga la asyik teringat dan teringin nak makan macam2. Walhal masa pra-diet tu tak lah rasa tergoda sangat.


Sebab tu lah memang saya tak terlalu berharap, tapi tetap juga lah berharap ada penurunan. Syukur. walau pun 1 Kg, terasalah juga yang badan rasa ringin sikit berbanding sebelum2 ni. Kalau boleh maintain macam ni sampai hujung tahun, fulamak. memang tak dapat nak bayangkan mcam mana figure saya nanti.


* dah start berangan dah*. Saja lah kan nak berangan sekejap. Orang kata realiti tu datang dari angan-angan.


Kalau 1 Kg seminggu . PD50H ada 7 minggu. dah 7 KG dah. Kalau tambah bulan puasa. Tambah lagi 4 kg. dah jadi 11 Kg. 84 - 11 = 73 kg... fuh... juling jap mata . :D


tolak campur maybe kalau kekalkan dengan gaya makan sekarang, nanti raya berat tu surut lah sikitkan. berat will be around 73 - 75kg. HOPE SO lah kan... tak per lah just think positive.




Good luck pada diri sendiri dan rakan2 yang lain


@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Friday, June 10, 2011

Dah submit maklumat penyertaan PD50H




Salam kawan2,

Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Semalam saya dapat khabar dari kawan masa sekolah dekat Teknik Bentong, yang salah seorang daripada kawan se-dorm kami, meninggal dunia. Arwah mengidap sakit jantung.

Kalau tidak keberatan mohon sedekahkan Al-fatihah keatas roh Siti Noorul Azrin. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan solehah.


Sebenarnya, tak tahu nak citer apa sangat. Lately ni buzy sikit. Tapi tak ada lah buzy sesangat. Cuma nak on laptop tu agar payah. Hehehe... Sedar-sedar contest Kak Zel dah nak mula dah. Since hari ni last, saya pun dah hantar dah penyertaan saya di email yang Kak Zel bagi tu....

so;

  1. butir-butir diri - settle
  2. gambar penuh (baru ambil tadi) - settle
  3. gambar timbang terkini - settle 83 KG
  4. join group Program Diet 50 Hari - settle
  5. ask to be friend to Kak Zel - settle * yg ni tak der dalam arahan, sesaje pandai sendiri.

ni, gambar timbang terkini berat saya. gambar penuh tak dapat nak publish kat sini , sebab tak pakai tudung tadi.


p/s: tengah tunggu email dari Kak Zel untuk bank in duit penyertaan.




@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Tuesday, May 24, 2011

Carta Makanan dari Rapi


Ni senarai menu yang saya ambil dari Majalah rapi. Tapi total kalori dia 1800. tak sempat lagi nak edit.. untuk kurang jadi 1200 kalori. Will edit soon......



@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Monday, May 23, 2011

Cadangan Untuk Contest Anjuran Kak Zel

Salam Kak Zel,

Ni cadangan saya, mana lah tahu sangkut satu dua untuk jadi guideline contest diet yang akan bakal kak Zel buat tu.


  1. Tempoh masa kita buat 44 hari. Buat 3 kali pusingan. so dalam selang pusingan tu boleh la peserta lepaskan rindu dendam makan sepuas hati. Tapi selang masa tak leh lama, sekurang2nya 2,3 hari je. takut nanti, malas nak teruskan
  2. Makan nasi pakai beras perang. - beras perang ni, rasa dia memang x sedap. Rasa mcam makan gandum, kalau x lalu boleh la makan beras biasa. Tapi beras perang ni memang sesuai utk diet.
  3. 2 kali sehari makan nasi, 1 cawan sekali makan. Sekali masa makan t/hari dan sekali lagi masa makan malam. Makan malam better makan sebelum mahgrib. Tapi ikut la memasing, maybe yang family dah biasa makan malam pukul 8.00 malam. Kalau boleh awalkan, lagi bagus. * utk diri sendiri la..
  4. Masa makan kunyah pelahan-lahan. Enjoy your food. Jangan kunyah, 2,3 kali, terus telan. Sebenarnya ini adalah saya. Saya memang makan cepat. Pastu rasa mcam tak puas je makan. then tambah, dan tambah lagi. Sekarang ni pun memang tengah kontrol habit x bagus ni. Makan cepat juga, tapi kunyah banyak2x baru lah telan.
  5. 100 langkah lepas makan. Lepas makan, jangan duduk lama-lama. Tu sebab Cik Bont*T kita kembang semacam je. Kata orang dulu2 la. Kalau yang mana rajin, 200 langkah pun boleh. kalau x 100 langkah pun dah kira ok.
  6. Minum Air lepas 1/2 jam makan. atau lepas berjalan 100 langkah. Air, boleh minum masa tengah makan. atau lepas makan. Tapi seteguk dua je. Supaya tak tercekik. Tak minum lagi bagus. Minum Air lepas 1/2 jam makan. atau lepas berjalan 100 langkah.
  7. Minum lah air panas atau suam atau jernih masa kita makan. Boleh je nak minum air berkordial tapi pastikan air tu bukan air yang sejuk, atau ada ais. Nak minum air sejuk, atau berais, time kita tak ambil apa-apa makanan. Time makan buah boleh minum dengan air sejuk. tapi kalau masa kita ambil makanan berat, minum air yang tidak berais, dan sejuk.
  8. 8 gelas air setiap hari. OK, yang ni, saya sendiri pun konfius, bila orang dok kata 8 gelas sehari. 8 gelas tu mcam mana rupa dia? yang ni sendiri-sendiri punya pandai la.. tapi pernah la sorang kakak herbalife ni cakap, berat macam saya, 85kg seelok2nya 5 liter air sehari. 5 liter? huhuhu.... mcam x percaya je kan..? memang ada kebenarannya... minum air memang sangat bagus, sebab air ni ejen pembuang toksik kita. kalau air dalam badan kita cukup, time nak membuang air besar tu , senang je dia keluar. tapi kalau dalam badan kurang air, memang susah nak keluar. Jadi pandai2 la diri memasing, adjust. ada juga tips, kalau nak tahu bila badan kita kurang air ialah, tekak kita rasa kering je. Minum la cepat. Tapi kalau terlebih minum pun susah juga. Nanti gemuk air plak.
  9. Makan buah sebelum makan nasi. Ni lah cara makan buah yang betul sebenarnya. Boleh google kalau nak tahu lebih lanjut sebab saya tak pandai nak terangkan.
  10. Lauk yang dimasak, mestilah dengan cara rebus, panggang, dan juga grill. Gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit kalau perlu. Kalau sapa sanggup, guna minyak zaitun. * pepaham jelah minyak zaitun ni mahal giler harga dia. Tapi memang sangat bagus utk diet.
  11. sayur pun mcam tu juga, masak bening. kukus, atau grill. garam letak sikit je. Kalau tak letak garam pun boleh. Ingat tak time kak zel buat 3DD tu, masa tu memang saya try tak ambil garam, or any other perasa. Memang la, makan rasa mcam tak semangat je... tapi memang nampak kesan dia. tapi tu la, sebab kita kan nanti akan kembali kepada rutin asal yang ada garam, ada gula, so kita jangan buang langsung semua tu. kita kontrol dia. Letak sikit je. atau boleh pilih 1 hari dalam 7 hari tu, kita x guna langsung garam dalam sayur kita. tapi dalam lauk letak la sikit, kang kalau x der garam langsung nanti kena urat kejang plak. susah juga.

p/s : nanti saya post kan jadual makanan yang saya ambil dari rapi as guideline makanan dalam seminggu. Dan lepas tu ikut la creativiti memasing.

ok kak zel, ni cadangan saya. mana lah tahu ada yang sesuai utk contest kak zel ni....



@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~

Tuesday, February 15, 2011

Tahniah U all and Pengumuman Contest Pantang 44 Hari


Salam semua geng-geng SNTN yang join contest kak Ani. Macam yang kita semua dah maklum. Contest SNTN bawah anjuran Kak Ani baru je habis awal Februari 2011 ni.

  • 1st of all saya nak ucapkan tahniah untuk Kak Ani yang telah menganjurkan contest ini.
  • 2nd : saya juga nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menang.
  • 3rd : Nak juga ucap tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharungi tempoh contest ini. Saya percaya walaupun tidak menang, tapi kalian tetap menang untuk diri sendiri.
  • 4th : Nak ucap tahniah juga kepada mereka yang tidak sampai ke penghujung , seperti saya, at least we tried our best. Is't right?

Tahniah Again. Saya terfikir juga nak buat 1 contest diet. Tapi sedang merangka-rangka syarat-syarat yang dirasakan perlu. Walaubagaimana pun, saya umumkan contest baru yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat ini.


CONTEST PANTANG 44 HARI


Since saya tak ada pengalaman anjurkan contest sebelum ni, jadi saya sangat berharap guideline dari Kak Zel dan Kak Ani. Saya kan menghubungi mereka berdua dalam masa terdekat, dan dapatkan maklumat sebarapa yang boleh untuk membantu saya menganjurkan contest ini.


Jadi kepada kawan-kawan SNTN, kalian sangat dialu-alukan... Semoga kita sihat bersama dan cantik juga bersama.





@~;~;~~ Sofie Natashah ~;~;~~